logo tapau express

logo tapau express
kami menghantar makanan tengahari ke pintu pejabat anda

Wednesday, June 4, 2014

ABS D'Tapau Express # Iltizam Ria Printing # Baju Kurung & Blouse Pilihanku

4hb Jun 2014  @ 8.47am di kala hujan lebat, inspirasi mencurah curah

#hasil pembacaan dari mentor-mentor yang ku hormati ilmunya dalam bidang motivasi dan keusahawanan#
Puan Guru Ainon Mohd # Tuan Guru Dato' Roslan Abd Hamid # Coach Rozi Saarey



Pagi ini, post pilihan yang mencuri perhatian saya adalah post dari Tuan Guru Dato' Roslan Ahmad, mari kita bersama sama menghayati perkongsian beliau.

Dan ianya amat benar, apabila saya keluar membuat marketing, saya pasti akan memilih untuk berjumpa dengan sahabat yang pernah saya berkongsi "moment" yang membuatkan kami ada #bonding# bila bersua kembali,

"TIP BISNES PAGI.

1. Kita tidak dapat belajar banyak perkara apabila kita tidak sudi mendengar.
Kita terlepas banyak peluang apabila kita asyik bersembang.

2. Apabila kita ambil berat tentang orang lain, mereka juga ambil berat tentang kita. Hidup adalah bersalingan. Ianya bukan sehala sahaja. Ianya adalah saling bergantungan.

3. Kerja cerdas adalah hasil dari kerja keras yang berterusan tanpa henti.
Pada setiap kesukaran ada kemudahan. Kepandaian datang selepas kita bersusah payah terlebih dahulu.

4. Beza antara belum berjaya dan berjaya hanyalah terletak pada perkataan CUBA dan cuba. Cuba dan terus mencuba.

5. Sekali tidak berjaya bukan bermakna gagal. Berkali kali tidak berjaya juga bukan bermakna gagal. Cuba dan terus cuba. Seorang yang hebat dengan strategi terbaik juga perlu melalui proses cuba dan cuba hingga berjaya. Kehidupan sudah tertulis begitu.

6. Sesuatu yang nampak mudah dengan dataran luas saujana memandang menjanjikan pendapatan lumayan dalam masa yang singkat selalunya ada perangkap dan jerat kehancuran pada hujungnya. Selalunya begitu.


Hadamkan. Saat ini memikirkan strategi dan strategi. Cuba dan cuba dan cuba lagi sehingga menampakkan hasil. Pelbagaikan sumber dan usaha. Allah bersama sama mereka yang tidak pernah kenal erti putus asa.

No comments:

Post a Comment