logo tapau express

logo tapau express
kami menghantar makanan tengahari ke pintu pejabat anda

Saturday, June 14, 2014

Biskut raya dari tapau express

Menjadi satu kewajipan untuk menghidangkan biskut raya di atas meja setiap tahun. Tak kisahlah samada untuk tetamu mahupun santapan untuk seisi keluarga.

Untunglah bagi mereka yang memang rajin, memang minat utk buat biskut raya sendiri. Beraneka jenis dan rasa pastinya siap terhidang.

Untuk saya pula, setiap tahun dalam 20 ke 30 balang adalah wajib di beli. Utk rumah sendiri, rumah mak dan rumah mertua. Sepanjang tempoh tu, tidak pula saya menjual walau sebalang pon biskut raya ni.

Tahun ni, hati saya tergerak utk menjual. Puncanya, kak zaidah yang membuat biskut2 raya ni, setiap kali saya singgah ke gerainya, sampai kenyang saya di buatnya di suruh merasa setiap jenis kuihnya.. hehehe..ni cerita benar, melihatkan kesungguhan dan kebaikan serta sifat tidak berkira kak zaidah ni, saya offer diri utk menjualkan biskut biskut yang memang sedap tu.

Saya cadangkan akk zaidah utk buat tester, 10 bekas di buatnye.. free jer.. kalau nak lg ..bgtau akk.. katanya. Kan senang mcm tu. Kite yg nak tlg promote pon suka hati. Kalau x ..kita juga yg kene beli tester2 tu..

Ada 13 jenis kuih yang saya marketkan. Boleh oder sekarang. Nak skrg pon boleh. Ada ready stok.

1 balang RM16 . Yang ada coklat RM18 sebalang ye.

Boleh pm /whatsap saya di 0192790103 utk tempahan.

Wednesday, June 4, 2014

ABS D'Tapau Express # Iltizam Ria Printing # Baju Kurung & Blouse Pilihanku

4hb Jun 2014  @ 8.47am di kala hujan lebat, inspirasi mencurah curah

#hasil pembacaan dari mentor-mentor yang ku hormati ilmunya dalam bidang motivasi dan keusahawanan#
Puan Guru Ainon Mohd # Tuan Guru Dato' Roslan Abd Hamid # Coach Rozi Saarey



Pagi ini, post pilihan yang mencuri perhatian saya adalah post dari Tuan Guru Dato' Roslan Ahmad, mari kita bersama sama menghayati perkongsian beliau.

Dan ianya amat benar, apabila saya keluar membuat marketing, saya pasti akan memilih untuk berjumpa dengan sahabat yang pernah saya berkongsi "moment" yang membuatkan kami ada #bonding# bila bersua kembali,

"TIP BISNES PAGI.

1. Kita tidak dapat belajar banyak perkara apabila kita tidak sudi mendengar.
Kita terlepas banyak peluang apabila kita asyik bersembang.

2. Apabila kita ambil berat tentang orang lain, mereka juga ambil berat tentang kita. Hidup adalah bersalingan. Ianya bukan sehala sahaja. Ianya adalah saling bergantungan.

3. Kerja cerdas adalah hasil dari kerja keras yang berterusan tanpa henti.
Pada setiap kesukaran ada kemudahan. Kepandaian datang selepas kita bersusah payah terlebih dahulu.

4. Beza antara belum berjaya dan berjaya hanyalah terletak pada perkataan CUBA dan cuba. Cuba dan terus mencuba.

5. Sekali tidak berjaya bukan bermakna gagal. Berkali kali tidak berjaya juga bukan bermakna gagal. Cuba dan terus cuba. Seorang yang hebat dengan strategi terbaik juga perlu melalui proses cuba dan cuba hingga berjaya. Kehidupan sudah tertulis begitu.

6. Sesuatu yang nampak mudah dengan dataran luas saujana memandang menjanjikan pendapatan lumayan dalam masa yang singkat selalunya ada perangkap dan jerat kehancuran pada hujungnya. Selalunya begitu.


Hadamkan. Saat ini memikirkan strategi dan strategi. Cuba dan cuba dan cuba lagi sehingga menampakkan hasil. Pelbagaikan sumber dan usaha. Allah bersama sama mereka yang tidak pernah kenal erti putus asa.

Tuesday, May 27, 2014

Di panggil oleh bos besar felcra. Apakah??

Rasa selesa sungguh berurusan dengan orang yang tidak di kenali menggunakan BMT - Bahasa Melayu Tinggi. Bermula dengan membahasakan diri orang sebelah sana sebagai "tuan" amat membantu untuk memberi persepsi berbeza. Kedengaran begitu tertib, begitu memuliakan mereka yg kita baru kenali.
Selebihnya, amat lancar sekali perbincangan kami tadi.

Bermula dgn tawaran job yang kecil dulu. Beri hasil yang 200%. Tawan hatinya. Perkongsian puan guru Ainon Mohd, kita lebih mudah mempengaruhi seseorang bile kita berjaya membuat individu itu menyukai kita. Tips yg amat bagus untuk memulakan sesi perkenalan dalam venturing chanel permiagaan baru.

Monday, May 26, 2014

Tapau express di solaris dutamas

Hari ni melawat sapura kencana petroleum, kagum dengan keindahan bangunan, pelbagai kedai kedai dan tempat tempat menarik utk membeli belah sambil bersantai..

Wow..memang kagum. Kali pertama menjejakkan kaki di di sini. Atas urusan perniagaan - TAPAU EXPRESS - menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan tengahari hingga ke muka pintu.

Menurut kenalan yang bekerja di sana, memang sukar untuk mendapatkan makan tengahari pada harga seperti yg tapau express tawarkan.

Usah lagi bimbang puan dan tuan yang bekerja di area jalan duta, khasnya di solaris dutamas, we are here to serve u.

Hanya call / pm / whatsapp saya di 0192790103 untuk tempahan anda.